Penyanyi yang sedang mencipta nama di Malaysia, menyuarakan keinginannya untuk berduet bersama penyanyi terkenal tempatan, Hael Husaini.

Menurut Virgoun, dia telah mengikuti perkembangan artis-artis Malaysia sejak kecil dan amat mengagumi kualiti vokal Hael Husaini.

"Jika diberi kesempatan, antara artis yang saya teringin berduet bersama adalah Hael Husaini.

"Saya juga mengagumi bakat penyanyi-penyanyi Malaysia yang lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nora, IKLIM dan Haqiem Rusli," kata Virgoun.

Virgoun akan membuat persembahan bersama artis-artis tempatan di Fiesta Unifi esok bertempat di Alamanda Shopping Centre, Putrajaya.

Virgoun ditemubual ketika sesi temuramah bersama media di New Media Experience Centre, Menara TM hari ini.


Teks : Asraf Aided