Jung Chaeyeon akan menyertai 'Comedy Big League' sebagai pengacara program tersebut dan seterusnya menggantikan Jung In Young.

Chaeyeon akan bersama 'Comedy Big League' bermula 8 Julai nanti.

Comedy Big League adalah sebuah program di mana kesemua pelawak akan bersaing antara satu sama lain. Jung Chae Yeon akan bekerjasama dengan Shin Young II dalam pelbagai segmen.

Program komedi musim kedua ini akan berakhir pada 24 Jun dan bersambung semula pada 8 Julai bagi musim ketiga dengan kehadiran pengacara baru.

Teks Oleh: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Allkpop