Personaliti dan model terkenal, Kendall Jenner kini sedang menjalin hubungan bersama seorang pemain bola keranjang, Ben Simmons.

Menurut sumber, pasangan itu hanya menjalinkan hubungan istimewa namun masing-masing tidak memberikan komitmen yang serius atau dalam erti kata lain, "No Strings Attached".

Pasangan ini tidak mahu terburu-buru dan cuba mengatur kehidupan dengan tenang.

Peluang meluangkan masa bersama agak terhad disebabkan jadual kerja yang agak padat, itulah yang menyebabkan pasangan ini membuat keputusan sedemikian.


Teks : Asraf Aided
Sumber : hollywoodlife.com