Pelakon Memey Suhaiza teruja apabila disahkan oleh doktor bahawa dia bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya Memey memberitahu, selepas sahaja mendapat tahu khabar berita itu dia terus membeli baju bayinya yang kebanyakannya berwarna merah jambu.

Memey berharap agar apa yang disahkan itu benar, jika tidak bayi lelakinya perlu memakai baju warna merah jambu yang sudah dibelinya.

Bagaimanapun apa yang lebih penting buatnya adalah bayi yang dilahirkan nanti sihat dan selamat.

Isteri kepada aktor Norma Hakim yang bakal melahirkan bayi ketiganya pada bila-bila masa itu meminta agar semua mendoakan proses bersalinnya nanti dipermudahkan.

Hasil tangkapan ?? Keterujaan mummy..akhirnya ... sekarang dah boleh beli pink2...hehe.. Hari tu dah shopping dah ,settle cuci dah blh start packing utk standby ke hospital? Yg baru ni beli besar2 sikit sbb baby cepat besar kan? Harap2 betul la kata Dr dpt baby girl, Klu tak mummy pengsan.. Pengsan bukan pasal jantina.. Tak kisah sgt yg penting baby sihat jer? Tp pengsan klu yg kluar boy ..cian dia kena pakai pink haha? Sbb mummy tgh mabuk warna pink.. maklum lah @awishzarisz Dah sakan mummy sediakan utk boy.. Doakan ye semoga dipermudahkan semuanya..? Yg sama2 mcm sy tgh preggy pun ,saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan semuanya sampai bersalin.. Yg belum merasa pengalaman ni pun semoga Allah angkat sebagai 1 doa yg makbul di sisiNya utk turut sama merasai pengalaman indah ini..inshaAllah amin❤️ . . K lah ,slmt mlm✌? . . #normey3rdjr

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on


Terdahulu, Memey dan Norman dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2 tahun.

Foto: IG Memey Suhaiza
Teks oleh: Syafiqah Jalal