Pelakon dan penyanyi Alvin Chong meluahkan rasa kecewa apabila sering diajukan soalan sensitif berkaitan agama.
Kata Alvin, dia lebih terkilan apabila soalan sensitif sedemikian datang daripada individu yang tidak dikenali dan kurang rapat dengannya.
"Ada banyak cara lebih baik untuk mendekatkan saya dengan agama Islam misalnya berkawan terlebih dahulu.
"Jangan pula tiba-tiba tanya saya bila nak bersunat atau bila nak masuk Islam.
"Soal agama jangan dibawa bergurau sebab itu terlalu peribadi bagi saya.
"Selalunya saya jarang melayan soalan sensitif sebegini sebab ia akan menjadi lebih serius.
"Malah, kawan-kawan rapat yang memang mengenali saya tidak akan langsung bertanyakan soalan seperti itu," katanya kepada Gempak.
Alvin yang ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya We Got This di Le Meridien Kuala Lumpur baru-baru ini berharap segelintir peminatnya mengubah mentaliti berkaitan isu bertukar agama.
"Kecewa memang ada jadi saya harap isu sensitif sebegini jangan dipandang remeh.
"Situasinya sama apabila orang Melayu berhijrah ke luar negara dan masyarakat sana bertanya dan meminta tukar agama. Itulah yang saya rasa," katanya yang kini menganut agama Kristian.
Dalam perkembangan lain, Alvin sedang rancak mempromosikan single We Got This yang menampilkan duet bersama penyanyi Filipina, Isabela Vinzon.
Muzik video rasmi akan dilancarkan pada 29 Jun ini.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @alvinchong123
Amri Hassan
Fri Jun 29 2018
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.