Pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan teman rapatnya, Ardell Aryana kini sedang menderita sakit.

Biarpun tidak dinyatakan secara rasmi, Nadzmi seakan-akan memberikan bayangan pelakon wanita itu sedang sakit kanser.

Menerusi entri terbaharu di Instagram Nadzmi sendiri, pelakon itu memohon peminat untuk mendoakan kesihatan Ardell untuk kembali pulih seperti sedia kala.

Malah, demi mengelakkan khabar angin tidak sahih, Nadzmi turut menutup ruangan komen pada entri terbabit.

"Weh @ardellaryana jangan mengalah. Kau kata nak tengok aku kahwin kan. Kau kena kuat teruskan perjuangan.

"Allah menguji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

"Aku sahabat kau, kau pun tahu aku akan selalu ada untuk kau. Kau relax je okay.

"Kau kan kuat, kasar, gangster so jangan jadi cry baby macam aku okay.

"Jangan takut pasal theraphy tu badan kau lagi kuat dari besi. Kau boleh punya.

"Aku nak kau happy balik macam dalam video ni okay. Korang tolong doakan yang baik baik #MakCikBawang," tulisnya.

Weh @ardellaryana jangan mengalah. Kau kata nak tengok aku kahwin kan. Kau kena kuat teruskan perjuangan. Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita. Aku sahabat kau kau pun tahu aku akan selalu ada untuk kau. Kau relax je okay. kau kan kuat, kasar, gangster so jangan jadi cry baby macam aku okay. jangan takut pasal theraphy tu badan kau lagi kuat dari besi . kau boleh punya ?? aku nak kau happy balik macam dalam video ni okay. Korang tolong doakan yang baik baik #MakCikBawang

A post shared by Nadzmi Adhwa Nor Adzmi (@nadzmiadhwa) on


Malah, di akaun Instagram Ardell pula, pelakon itu turut mengemaskini entri berkaitan luahan hatinya tentang peritnya menerima kenyataan, harapan dan takdir.

Menerusi entri terbabit, peminat mula menebak pelakon wanita itu sedang menderita sakit kanser tahap tiga dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Perkara yang perih adalah menerima sebuah " kenyataan "? . Bertahun menerima sebuah kenyataan .. tidak mungkin kau mula menyerah sekarang! tetap bersemangat walau beribu kali engkau rebah lutut & tapak tangan jatuh ke tanah ??☺ kerana tanah dan kita akhir nya bersama . Dan apabila bersoal tentang HARAPAN ?... HARAPAN itu boleh dibina tapi tidak dengan BERHARAP ? kerana jika engkau terlebih berharap lebih dari membina sebuah harapan “ engkau akan kecewa “ dengan 1 kemungkinan yang takdir nya berbeza dengan apa yang engkau berharapan . “Tidak mengapa untuk BERSERAH , asal kan tidak MENYERAH ! “ ? #Dontlosehope . 1 set #yoursoulneedsme By @alwadelhijab ??.

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on



Nadzmi dan Ardell mula rapat semenjak mereka bergandingan menerusi drama Namaku Bedah pada 2015.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @ardellaryana, @nadzmiadhwa