Kumpulan EXO telah bertemu dengan peminatnya, Michelle Parenteau yang berumur 17 tahun di Lotte Duty Free Family Concert yang diadakan di Stadium Olimpik Seoul.

Michelle datang ke Korea dari California semata-mata untuk berjumpa dengan idolanya.

EXO telah bertemu dengan Michelle di bilik persalinan mereka sebelum persembahan bermula.

"Lagu-lagu EXO berjaya membuatkan saya menjalani pembedahan yang sukar.

"Saya berasa sangat gembira kerana dapat berterima kasih kepada mereka secara peribadi," katanya.

Kisah Michelle dihantar melalui Make-a-Wish Korea ke SM Entertainment pada bulan Mac yang lalu.


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Soompi.com