Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam membuat laporan polis berhubung kes penipuan yang melibatkan akaun palsu Facebook yang menggunakan nama dan wajahnya.

Berita itu dikongsikan menerusi akaun Instagram (IG) miliknya semalam yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh, Selangor.

[BACA: Izzue Islam Terkejut Dituduh Menipu Jual Telekung, Peminat Rugi RM6,000]

Izzue turut menyarankan kepada pihak yang mengalami kerugian dan turut tertipu dari akaun palsu itu juga membuat laporan polis.

Ahli kumpulan Forteen itu juga menasihatkan kepada pengguna laman sosial jangan cepat terpedaya dengan akaun palsu terutama yang melibatkan wang dan maruah.

Izzue juga berang mengapa ada individu yang sanggup menipu dan memperdayakan orang lain untuk mendapatkan wang.

Berkenaan dengan kes penipuan yg melibatkan facebook fake acc yg menggunakan muka & nama sy tempohari, laporan polis telahpon dibuat. Sy sarankan mereka yg terlibat tu pergilah buat report polis jugak supaya kes ni boleh diselesaikan dgn cepat. Nak ingatkan jugak kpd pengguna laman sosial, jgn cepat terpedaya dgn fake acc tambah2 lagi yg melibatkan duit & maruah. Cek betul2 sebelum berurusan. Jgn pandai cari real acc bila dah terkena dgn fake je! Kepada yg suka sgt buat fake acc & menyusahkan orang, ingatlah yg hidup ni macam roda. Harini awak buat orang, besok awak kene balik. Ni nak tanya sikit, kecik2 kenapa taknak mam?? ?

A post shared by I Z Z U E I S L A M (@izzueislam) on


Izzue kini menjual produk kosmetik iaitu bernama Lookalike.

Foto: IG Izzue Islam