Penyanyi Alif Satar mengakui terkejut apabila namanya dinobatkan sebagai pemenang trofi BOH Cameronian Arts Awards 2018 yang diadakan baru-baru ini.

ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH... to receive this award and to get this recognition from talented and passionate performers mean the world to me.. God is great.?????? to my Dia semanis honey cast, crew and team.. WE DID IT!!!???????? #15BCAA #CityOfCreation

A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on

It started from playing a small role as one of the ‘lost boys’ in Peter Pan the musical by West end London in Genting Highlands back when i was 14. So, last night meant a lot.. with my wife next to me, and doa from my mum and dad, akhirnya usaha selama ni membuahkan hasil. I’m humbled by this award.. thanks again @kakiseni and everyone who made it all happen last night at Boh Cameronian Arts Awards, God bless❤️??

A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on


Alif membawa pulang trofi Pelakon Utama Terbaik menerusi lakonannya dalam Dia Semanis Honey The Musical.

"Saya terkejut apabila nama saya diumumkan untuk memenangi anugerah tersebut. Saingan saya sangat hebat dan mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang seni persembahan.

"Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kerana hasil kerja saya mendapat pengiktirafan," kata Alif.

Tambah penyanyi lagu Jangan Nakal ini, dia sendiri tidak tahu hasil lakonannya diadili oleh juri.

"Saya langsung tak tahu pun ada orang yang sedang menilai persembahan saya dalam teater tersebut. Selepas saya dapat tahu nama saya dicalonkan, saya menghubungi pihak produksi.

"Mereka mengakui ada juri yang datang menilai persembahan teater kami ketika ia sedang dipentaskan tetapi perkara tersebut tidak diketahui oleh semua pihak.

"Saya terkejut tapi memang betul-betul puas apabila dapat meraih anugerah ini. Syukur, saya anggap ini rezeki dan menjadikan ia pembakar semangat untuk berkarya dengan lebih baik di masa akan datang," katanya lagi.

Alif ditemui di sidang media Senang Jer Menang anjuran Power Root yang dianjurkan semalam.

Antara pemenang Peraduan "Senang Jer Menang!" setakat bulan Jun anjuran Power Root berjaya membawa pulang hadiah wang tunai misteri dalam setiap pek produk Power Root. Orang ramai masih lagi berpeluang menang kerana pertandingan ini akan berakhir 31 Oktober depan. #powerroot #senangjermenang

A post shared by Majalah Pa&Ma (@majalahpama) on

"Checklist" untuk Senang Jer Menang: ⠀ ⠀ ✅ Hanya beli mana-mana pek Alicafe, Per'l, Alitea atau Per'l Xlim⠀ ❌ tak perlu borang peraduan⠀ ❌ tak perlu slogan⠀ ❌ takde whatsapp dari parti yang bukan-bukan⠀ ⠀ Nak info lebih? Layari link di bio ?. #SenangJerMenang #AlicafeMY ⠀ .⠀ .⠀ .⠀ #contest #winning #coffee #cafe #coffeetime #cafelife #caffeine #coffeebreak #picoftheday #kopi #worldcup #awake

A post shared by AlicafeMY (@alicafemalaysia) on

Pengerusi Power Root Marketing Sdn Bhd, Datuk Afifuddin Abdul Kadir (dua, kiri) dan dutanya, Alif Satar turut hadir pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan " Senang Jer Menang!" #powerroot #senangjermenang

A post shared by Majalah Pa&Ma (@majalahpama) on


Alif yang bertindak sebagai duta Alicafe hadir bersama Pengerusi Power Root Marketing Sdn Bhd, Datuk Afifuddin Abdul Kadir untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang Peraduan Senang Jer Menang setakat bulan Jun anjuran Power Root.

Pemenang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai misteri dalam setiap pek produk Power Root.

Orang ramai masih lagi berpeluang menang kerana pertandingan ini akan berakhir 31 Oktober depan.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Alif, PaMa, AlicafeMY.