Bekas aktres drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi dan suami, Muhammad Faizal Zakaria berjaya mengambil seorang anak angkat lelaki.

Berita gembira tersebut disampaikan menerusi perkongsian Abby di laman Instagram miliknya.

Rezeki. TQ ALLAH ❤️ Dah dapat. Baby Boy ? . Bila ALLAH nak bagi... Syukur ? Doakan semoga segala urusan dokumentasi dipermudahkan . pS: Keluar hospital terus kita gi ambil baby ni. Namapun takde lagi ni.. Nanti2lah Sy share gambar ye. @normanhakim_786 jangan share dulu video tadi. Puk kang ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on


Beberapa jam sebelum itu, Abby meluahkan hasratnya di laman Instagram untuk mengambil seorang anak angkat.

Assalamualaikum. Pagi ❤️ . Sahabat, buleh tolong Sy tak? . Sy nak mencari baby utk Sy & Suami jaga sebagai anak angkat. Buleh Share info di mana Sy buleh ambil/ pergi tengok dsb? . Kalau buleh yg tiada syarat ketat dan bukan2 sbb niat Sy ikhlas nk menjaga anak itu sebaiknya. Apapun buleh bincang dulu. Mohon ye share info disini. TQ ? . pS; Yg sedang mengandung skrg pun dialu2kan dm sy kalau taknak baby tu ye. Jangan dibuang dik. Klesian dia.. Meh bagi kita. Kita akan bg sikit belanja utk ibunya kembali dpt pulihkan kehidupannya ya. ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on


Bekas suami Abby, pelakon Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza turut berkongsi kegembiraan di laman Instagram masing-masing.

Norman dan Memey turut mengalu-alukan kehadiran bayi lelaki tersebut dalam keluarga besar mereka.

'Baby baru' abah @jaiezzany & mama @abby_abadi112 n 'family member' baru kitaorang semua!❤️? . . Rezeki Allah..baru je pagi tadi mama @abby_abadi112 luahkan hasrat dia nak 'anak' & tak sampai tengahari ni Allah makbulkan permintaan dia.Allahu comel sangat baby ni,dah mcm seiras 'adik beradik' dia yang lain . . Welcome onboard anak...awish & kikim pun masa nak berpisah tadi menangis melalak2 tak nak tinggalkan baby ni.Semoga Allah s.w.t memberkati permulaan silaturahim ini.Semoga baby ni happy dapat bersama kami sekeluarga & sama2 membawa seribu rahmat dan barakah buat abah,mama & kami sekeluarga Aamiin Ya Rabb❤️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Tak tau kenapa tiap kali tengok video & teringat momen ni keluaq ayaq mataq.Bertuah abah & mama dapat baby ni & i have to say bertuah baby ni (baru umur 10 hari) dapat 'walid & ummi' mcm abah & mama.Semoga luahan ni menjadi sebahagian doa yg mabrur . . We are happy for u abah @jaiezzany & mama @abby_abadi112 !?Allahu pantas Allah s.w.t makbulkan doa kalian.Semoga 'skrip & susunan jalan cerita' terkini dari Allah s.w.t ini membuka satu lembaran baru ke arah kehidupan yg lebih baik dari yg sebelumnya buat baby ini & buat abah & mama duniawi & ukhrawi Aamiin Ya Rabb❤️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on


Tahniah abah & mama ❤️ yea bertambah besar family kami? . . Repost from @normanhakim_786 @TopRankRepost #TopRankRepost 'Baby baru' abah @jaiezzany & mama @abby_abadi112 n 'family member' baru kitaorang semua!❤? . . Rezeki Allah..baru je pagi tadi mama @abby_abadi112 luahkan hasrat dia nak 'anak' & tak sampai tengahari ni Allah makbulkan permintaan dia.Allahu comel sangat baby ni,dah mcm seiras 'adik beradik' dia yang lain . . Welcome onboard anak...awish & kikim pun masa nak berpisah tadi menangis melalak2 tak nak tinggalkan baby ni.Semoga Allah s.w.t memberkati permulaan silaturahim ini.Semoga baby ni happy dapat bersama kami sekeluarga & sama2 membawa seribu rahmat dan barakah buat abah,mama & kami sekeluarga Aamiin Ya Rabb❤

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Abby, 41, mendirikan rumah tangga dengan Faizal, 44, pada 14 Ogos 2015.

Sebelum ini, Abby pernah berkahwin dengan Norman pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Teks: Kamaruddin Razal