Filem arahan Syafiq Yusof, Abang Long Fadil berjaya menembusi pasaran home video di negara Jepun.

Berita ini disampaikan menerusi laman Twitter Filem Kita (@FilemKita) beberapa hari lalu.

Filem Abang Long Fadil yang diterbitkan pada tahun 2014 ini berjaya memasuki pasaran home video di negara matahari terbit ini pada Mei 2018 oleh Curiouscope.

Tajuk filem ini ditukar kepada Kung Fu Mafia dan dialog asal telah dikekalkan dengan tambahan sarikata Jepun.

Abang Long Fadil menjadi filem arahan kedua Syafiq dan ia merupakan spin-off kepada filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof.



Filem ini menampilkan lakonan hebat Zizan Razak, Kamal Adli, Tauke, Datuk Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Yassin, Allahyarham Harun Salim Bachik dan ramai lagi.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Twitter & YouTube