Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar mengesahkan filem Dukun bakal ditayangkan di panggung wayang Indonesia dalam masa terdekat.

Selaku penerbit filem Dukun, pihak Astro Shaw masih dalam proses perbincangan dengan pihak pemamer di negara terbabit.

"Kami bakal memberikan maklumat yang terperinci apabila perbincangan mengenainya selesai," katanya.

Insha Allah.. kalau betul berita ini..semoga mendapat sokongan penonton disana. Aamiin #dukun #indonesia

A post shared by umieaida ?? (@umieaida9) on


Difahamkan, selain Indonesia, filem yang diterajui oleh lakonan hebat Datin Seri Umie Aida itu turut akan menemui peminat filem di beberapa negara rantau Asia.

Ketika disoal mengenai perkata terbabit, Najwa mengakui terdapat beberapa negara berminat untuk menayangkan filem itu di negara mereka.

"Selepas Singapura dan Indonesia, terdapat beberapa lagi negara menunjukkan minat untuk menayangkan filem Dukun di negara mereka.

"Ini menunjukkan filem tempatan mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan diterima ramai jika dihasilkan dengan baik dan bermutu.

"Kami akan mengumumkan dari masa ke semasa jika ada negara lain lagi yang bersetuju," katanya lagi.

Terdahulu, Umie memuat naik paparan skrin daripada akaun Twitter @paradigmafilm yang menyatakan filem Dukun akan ditayangkan di pawagam Indonesia.

Selain Umie, filem yang 'terperap' selama 12 tahun ini turut menampilkan kehebatan lakonan Faizal Hussein, Adlin Aman Ramli, Namron, Bront Palarae, Hasnul Rahmat, Elyana dan ramai lagi.

Ditayangkan pada 5 April lalu, filem Dukun berjaya mencatat sejarah tersendiri apabila meraih kutipan lebih RM10 juta biarpun setelah lama disimpan.

Sumber: Harian Metro