Percaya atau tidak, korang bukan sahaja dapat bermain permainan video digital bahkan akan mendapat pelbagai ganjaran hebat menerusi Cube TV.

Cube TV akan menyajikan pelbagai pengalaman menarik bukan hanya striming secara langsung tetapi juga hadiah percuma kepada penonton!

Malah, Cube TV yang baru sahaja memperkenalkan E-Sukan akan memberikan pilihan trend terkini permainan video popular, berita semasa dan pelbagai saluran permainan digital terkini.

Apa kata kami senaraikan cara mudah dan kenapa anda perlu layan E-Sukan di Cube TV.

1. Cube TV sebenarnya aplikasi yang dilancarkan oleh Bigo untuk menyediakan siaran video premium dan produk berkaitan VoIP seluruh dunia.

2. Aplikasi ini membolehkan pengguna menonton strim langsung dan video Blu-ray. Memang berkualiti tinggi!

3. Ada lebih 200 juga pengguna berdaftar di 100 buah negara, jadi Cube TV sangat signifikan di Malaysia juga.

4. Dengan E-Sukan anda boleh berinteraksi, beradu kehandalan di arena permainan digital dan berkongsi minat sama dengan orang sealiran.



5. E-Sukan juga membolehkan anda mengikuti perkembangan terkini, siaran eksklusif pertandingan terkini.

6. Malah, pengguna boleh menstrim secara langsung permainan video E-Sukan popular seperti PUBG Mobile, League of Legends dan DOTA2.



Yang penting, Cube TV memberikan pelbagai hadiah percuma, sistem penebusan mata, pusat beli-belah dalam talian, beribu-ribu video dan banyak lagi.

Cube TV kini boleh didapati di App Store dan Google Play.

Bagaimanapun, oleh kerana ia adalah perkhidmatan penstriman, pelanggan mesti memiliki permainan supaya dapat bermain, kerana platform tersebut tidak memberikan permainan percuma kecuali melalui pemberian ganjaran.



Info lanjut di www.cubetv.sg.