Penyampai radio Zayan, Lin Ariffin mengkritik tindakan segelintir wanita yang menari di dalam video sebelum memuat naik ke media sosial.

Akuinya, aksi menari mengikut rentak muzik yang kini menjadi 'trending' di media sosial dikenali sebagai 'Tik Tok' semakin menarik perhatian ramai khususnya golongan wanita yang tanpa segan silu melakukannya.

"Apa yang menjadi tanda tanya apabila video ini menjadi 'trending' dan ramai yang melakukan tarian ini adalah wanita," katanya menerusi Instagram, Zayan hari ini.

Sebagai seorang muslimah, Lin menyatakan dia agak 'speechless' melihat tarian tersebut apatah lagi terdapat makcik-makcik yang berjoget bagai nak rak di media sosial.

"Cuba letakkan diri kita sebagai contoh, seorang wanita itu hendak berkahwin tapi berkinja-kinja di media sosial, tiba-tiba bakal ibu mentua ternampak terus tak jadi kahwin," katanya.

"Cuba bayangkan kita tengah buat video terkinja-kinja lepas tu..." Haa jom dengarkan apa kata Lin Ariffin tentang trend terkini berkenaan video tiktok. Video penuh boleh ke Facebook, Youtube & IGTV @zayan.my #indahdihati

A post shared by ZAYAN (@zayan.my) on


Pandangan Lin itu turut mendapat respons positif netizen yang menyokong dan bersetuju dengannya. Ramai netizen juga sependapat dengan Lin mengkritik tarian tidak berfaedah itu.

Seorang netizen dikenali sebagai frzdnl_ berpandangan teguran Lin bukan bermaksud diri sendiri sudah baik atau sempurna.

"Kalau nak tggu orang macam ni sampai ke kiamat pun takde perubahan. Lagipun dia tegur secara baik + berhemah. Its up to you guys nak terima ke tak.

"At least nanti dekat akhirat andai kata Allah tanya dia (sbb dia terlihat video korang) and Allah tnya kenapa tk tegur?.

"Sekurang-kurangnya dia dah lepas tanggungjawab dia sesama insan. Think positive and we change it togather. Everyone have their own pros and cons," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @lin_ariffin & @tertiktok