Penyanyi terkenal Indonesia, Ariel dari kumpulan Noah baru-baru ini kelihatan berjalan berduaan bersama seorang perempuan yang dikatakan mungkin teman wanita barunya.

Namun begitu, gambar yang ditularkan oleh sumber tidak menampakkan wajah mereka berdua.

Ia dikatakan sengaja bertujuan untuk membuat peminatnya lebih ternanti-nanti.

Sehubungan perkara itu, netizen telah membuat andaian bahawa besar kemungkinan, identiti wanita tersebut adalah Pevita Pearce atau Ariel Tatum. Kedua-duanya adalah selebriti Indonesia.

Teks : Asraf Aided
Sumber : tabloidbintang.com