Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluangkan masa selama 45 minit menziarahi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.

Menurut Anwar, sepanjang tempoh itu perbualan berkisar tentang tahap kesihatannya sebaik pulang dari Turki beberapa hari lalu.

Beliau turut berterima kasih di atas kelapangan Dr Mahathir berkunjung ketika beliau sedang menerima rawatan.

"Terima kasih dari saya dan Azizah atas kelapangan masa YAB Tun Dr Mahathir berkunjung menziarah saya di PPUM tatkala saya menerima rawatan.

"Meski terkekang jadual yang padat, kami bersyukur atas keprihatinan beliau. Semoga Allah mengurniakan kemudahan & kesihatan yang berterusan," tulis Anwar menerusi akaun Instagram beliau.

Terima kasih dari saya dan Azizah atas kelapangan masa YAB Tun Dr Mahathir berkunjung menziarah saya di PPUM tatkala saya menerima rawatan. Meski terkekang jadual yang padat, kami bersyukur atas keprihatinan beliau. Semoga Allah mengurniakan kemudahan & kesihatan yang berterusan -- Azizah and I would like to extend our highest gratitude to The Honourable Tun Dr Mahathir for visiting me in PPUM while I was seeking medical treatment. Notwithstanding busy schedule, we are thankful for his courtesy. May Allah shower him with continuous good health.

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my) on



Anwar dimasukkan ke hospital Sabtu lalu selepas mengalami kesakitan di bahagian bahu sebaik pulang dari Turki.

Mahathir melawat rakannya Anwar di hospital. Semoga muafakat PH terus kukuh dan utuh. #Pray4Anwar

A post shared by DSAI Supporters (@dsaisupporters) on


Sumber: Astro Awani
Foto: @anwaribrahim_my