Penyanyi dangdut Indonesia, Inul Daratista kehilangan cincin kesayangannya ketika menghadiri sebuah majlis di Sulawesi baru-baru ini.

Cincin yang hilang itu bernilai 350 juta Rupiah atau bersamaan RM99,312.00.

Inul mengakui dirinya agak terkejut dengan reaksi pihak media terhadap perkara itu.

Penyanyi itu lebih selesa mendiamkan perkara itu dari diketahui ramai.

Menurutnya, bukan sahaja dirinya dihubungi pihak media, malah kakitangan yang bekerja dengannya turut dihubungi berkenaan isu tersebut.

Reaksi Inul sentiasa tenang dan dia menerima kejadian itu dengan hati yang ikhlas.

"Sudah, biarkan saja", kata Inul ringkas.

Penyanyi tersebut mendoakan sesiapa yang mengambil cincin kesayangannya itu agar dimurahkan rezeki.

Teks : Asraf Aided
Sumber : kapanlagi.com