Kumpulan K-Pop terkenal, SHINee telah melancarkan muzik video mereka yang ketiga yang berjudul Our Page.

Lagu Our Page ini sangat istimewa kerana liriknya ditulis oleh keempat-empat anggota SHINee berdasarkan kenangan mereka bersama mendiang Jonghyun.

Our Page merupakan lagu utama yang dilancarkan oleh SHINee bersama mini album yang bertajuk The Story of Light EP.3.

Lagu ini menjadi single pertama SHINee selepas Jonghyun meninggal dunia pada 18
Disember 2017 lalu.

Selain Our Page, antara lagu lain yang turut disertakan dalam album terbabit ialah Tonight, Retro, I Say dan Lock You Down.

Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Bintang.com