Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri selamat menimang cahaya mata lelaki pada lewat petang semalam.
Bayinya serta isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dilaporkan berada dalam keadaan sihat.
Aliff Syukri yang berkongsi berita gembira tersebut di Instagram (IG) turut mengumumkan nama anaknya iaitu Yusoff Al- Qardawi.
Sebaik sahaja bayinya dilahirkan, Aliff Syukri telah mewujudkan sebuah akaun Instagram (IG) atas nama @yusoffalqardawi.
Aliff telah berkongsi foto dan video yang memaparkan wajah anaknya di akaun IG tersebut
Setakat pagi ini akaun yang memuatkan 24 entri itu telah menerima pengikut sebanyaka 95.4 ribu.
Rata-rata memuji kecomelan wajah bayinya yang berkulit cerah dan kemerahan.
Alif dan Shahida berkahwin pada 0gos 2007. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 tahun.

Pasangan ini mengambil anak angkat, Ameena yang kini berusia 9 bulan dan Qayyum hampir tujuh bulan.





mcm baem @yusoffalqardawi seaat dilahirkan.. abah tak sempat buat vedio..siapa nak tngok?

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

good morning..the best doctor and nurse at gleneagles.

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

saat @yusoffalqardawi dilahirkan abah @aliffsyukriterlajaklaris gigih ambik pic?? sendiri..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Foto: Instagram Aliff Syukri / Yusoff Al- Qardawi