Bintang K-Pop yang sedang menjalani latihan ketenteraan, G-Dragon telah dimasukkan ke hospital kerana masalah pergelangan kaki.

Menurut sumber, G-Dragon dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Yangzhou dan ditempatkan di sebuah bilik mewah yang tidak dapat diakses oleh sesiapapun di bawah pangkat Kolonel.

Sepatutnya, G-Dragon dimasukkan ke wad yang mempunyai lapan orang pesakit, tetapi sebaliknya dia tinggal di salah satu wad terbaik di hospital.

Wadnya dilengkapi dengan penghawa dingin, peti sejuk, dan televisyen.

Selain mendapat wad mewah, dia juga dibenarkan untuk dilawat di luar waktu yang telah ditetapkan.

Waktu melawat hanya dibenarkan dari jam 11 pagi hingga 5 petang, namun seorang pejuang tentera menyatakan G-Dragon mempunyai pelawat yang tinggal lebih lama.

"Saya nampak seseorang yang merupakan pengurus G-Dragon. Dia melawat hingga lewat 5 petang," kata sumber.

Pihak hospital ada dihubungi untuk mendapatkan penjelasan mengenai layanan khas G-Dragon, tetapi dinafikan untuk membuat kenyataan pada masa ini.

G-Dragon kini sedang menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun bersama divisyen dikenali sebagai White Skull.

Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Koreaboo.com