Aktres drama bersiri Isteri Tuan Ihsan, Mardiana Alwi, 30, selamat melahirkan anak lelaki pada 22 Jun lalu.

Selepas lebih dua tahun menanti, Mardiana dikurniakan cahaya mata lelaki.

Pelakon itu berkongsi perkhabaran gembira tersebut di laman Instagram miliknya.

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيْـــــــــمِِ Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t. 22 June 2018, 8 Syawal 1439H Jumaat, Jam 4.08am, Saya telah selamat melahirkan putera sulung kami secara normal dengan berat bayi 3.53kg. Alhamdulillah saya dan anak sihat ? Semoga putera sulung kami ini menjadi anak yang soleh. Terima kasih kepada semua yg mendoakan, saya sangat menghargai ❤ Syukur Ya Allah untuk REZEKI dan NIKMAT terindah ini. I'm officially a MOTHER ? #38weeks #ibudanabuya #nanaziz

A post shared by Mardiana Alwi (@mardiana_alwi) on


Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Mardiana atas kelahiran putera sulungnya.

Mardiana mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Abdul Aziz Rahamat pada 21 November 2015.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Mardiana