Jutawan kosmetik, Datuk Sri Aliff Syukri kini sedang menanti detik kelahirkan cahaya mata ke empatnya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram (IG), menunjukkan isterinya, Shahida Rashid kini sedang menunggu di dewan bersalin.

Aliff Syukri yang memberitahu berdebar menanti kelahiran bayinya itu akui turut pening memilih nama anaknya.

“Dewan bersalin…saya akan tunggu awak sayang.

“Debaran menunggu anak kami.

“Tengah pening pilih nama,” tulisnya.

Dalam entri yang sama Aliff memuat naik fotonya yang sedang memegang erat tangan isterinya yang sedang terbaring di atas katil.

Rata-rata pengikut IGnya turut mendaoakan agar urusanya dipermudahkan.

Tidak kurang juga ada yang turut mencadangkan beberapa nama untuk bakal anaknya itu.

leberom.. sy akan tunggu awak syg. debaran menunggu @anakabahterlajaklaris .. tngah pening pilih nama..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Alif dan Shahida berkahwin pada 0gos 2007. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 tahun.

Pasangan ini mengambil anak angkat, Ameena yang kini berusia 9 bulan dan Qayyum hampir tujuh bulan.


Foto: Instagram Aliff Syukri