Chef terkemuka Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Chef Wan menyuarakan bantahan terhadap tindakan kerajaan yang mengarahkan semua restoran hanya mengambil tukang masak tempatan bermula 1 Januari 2019 ini.

Chef Wan menerusi Instagramnya menyifatkan keputusan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran sebagai satu tindakan diskriminasi dan rasis terhadap pekerja asing yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa.

Beliau menyoal kewajaran Kula Segaran dalam menghentikan kemasukan pekerja asing sebagai tukang masak di restoran tempatan memandangkan ada rakyat Malaysia yang melakukan perkara sama di rantau lain.

"Makanan adalah seperti cinta yang tiada batasan. Ramai chef dari Malaysia yang bekerja di pelbagai bandar di dunia dan melakukan perkara sama.

"Soalan saya kepada menteri, kenapa pekerja asing di negara ini tidak boleh memasak masakan Malaysia hanya kerana mereka bukan orang tempatan?

"Kenapa kita perlu mendiskriminasikan mereka? Negara lain tidak pula layan bangsa lain seperti penduduk kelas kedua," tulisnya.

Chef Wan turut berkata pengambil pekerja tempatan tidak menjamin tahap kebersihan dan kualiti makanan yang tinggi di sesebuah restoran jika rakyat Malaysia gagal melihat kelemahan sendiri.

I was asked to comment last night on this issue by Harian Metro. I find this new ruling to be racist. How can we stopped other races in this world to acquire knowledge and skill in any cusine of the world. Food like love has no boundary. We have many Malaysian chefs across the world working in so many cities of the world doing the same thing. So my question to the minister why is it diff suddenly other inmigrants in this country cannot cook Malaysian food simply because they are not Malaysian? Why do we need to discriminate them? Negara lain tak pulak treat other races mcm 2nd class citizen. Minister of Finance cannot be chinese, Peguam Negara tak boleh Indian pandai pulak kita marah to discriminate our own fellow Malaysian but we can do that to the rest of world? Tukang masak or Peguam Negara mau pun Menteri pun its a job perform by us human beings. If their chefs are not good then train them la and improved their skills. Jika ada sifat pengotor ajar la mereka and supervise all this restaurants and food out let lah to meet certain standard of food hygience, sanitation etc. Ini tak saya dengar banyak restaurant yg kotor ni kata mereka boleh rasuah lagi bila yg dtg check restaurants mereka jika nak kena fine. This has been happening for years. So nak salah siapa? Ingat just because we only hire Malaysian chef our standard of food can be better? Sikap Msian Chefs kita tu sebenarnya yg need huge improvement! Daripada kita menundung kan jari pada orang2 Asing ini ada la lebih kita lihat kelemahan kita sendiri. Over the years these country loose alot of chefs to other countries. Tak usah pi jauh la. Singapore tu pun cukup. Why? They are better paid and respected more then working in this country pun. The grass is greener on the other side so depa cabut lah. Can u blame them for doing that? Any passionate human beings can be a good chef regardless of their race pun jika they were given proper training if the owners of all this hospitality industry are serious in improving their Malaysian food. If as a chef i work in Sydney, London, Paris to improve my skills in those country cusine and suddenly was told i cant as i am not good enough how would i feel? Kecewa kan?

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on


Menurut beliau, kebersihan serta kualiti makanan bergantung kepada seseorang individu, tidak kisah jika asal-usul negara.

“Ramai tukang masak tempatan yang masak di restoran-restoran terkenal tidak mampu memberi makanan yang berkualiti dan terbaik.

“Tak payah nak salahkan pendatang asing sahaja. Kita sebagai rakyat Malaysia tidak mahu memperbaiki kelemahan sendiri,” tulis Chef Wan pada Instagramnya.

Pada Khamis, Kula Segaran berkata semua pengusaha akan diberi masa sehingga hujung tahun ini untuk mematuhi syarat tersebut.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil untuk mengurangkan kebergantungan restoran tempatan kepada tenaga kerja asing dan bagi memastikan kualiti makanan terjamin.

Sumber: Astro Awani