Anggota Big Bang, Seungri menyertai kumpulan k-pop terkemuka, BLACKPINK dalam suatu tarian yang mencuit hati.

Maknae (anggota termuda) Big Bang tersebut memuat naik video di laman Instagram rasminya pada Khamis di mana dia mengikuti langkah tarian lagu terbaharu BLACKPINK, “Ddu-du Ddu-du”.

나도 뚜두 뚜두 뚜루뚜 루뚜다 #승사마 #SEUNGRI #승리 #BIGBANG #빅뱅 #with #BLACKPINK #블랙핑크 #뚜두뚜두 #DDU_DU_DDU_DU #YG 연출 : 승리 출연 : 승리,블랙핑크 장소 : 블핑하우스 촬영 : YG A&R

A post shared by Lee seung ri (@seungriseyo) on


Seungri turut kelihatan mengenakan rambut palsu pendek berstail “bob” sambil menari bersama-sama Ji Soo, Jennie, Rosé dan Lisa.

“Ddu-Du Ddu-Du" merupakan lagu utama album terbaharu BLACKPINK, ‘Square Up’.

浜田さんの息子? #浜田 #実子確認 @blackpinkofficial #thegreatseungritour #위대한승리 #승사마 #ddududdudu #후루뚜루뚜

A post shared by Lee seung ri (@seungriseyo) on


Lagu rancak tersebut berjaya meraih kedudukan pertama di 12 carta muzik domestik seperti Mnet, Naver Mucis, Soribada, Monkey3, Olleh Music dan Bugs apabila dikeluarkan Jumaat lalu serta mencatatkan rekod baharu bagi kategori muzik video kumpulan K-pop wanita terpantas mencapai 10 juta tontonan yang hanya mengambil masa enam jam dan 15 minit.

Sumber: Astro Awani