Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam terkejut apabila dituduh menipu duit peminat yang mendakwa telah membeli telekung daripadanya sejak Ramadan lalu.
Izzue Islam berkata lebih mengejutkan lagi peminat itu semua berasal dari Indonesia dan mendakwa telah kerugian sehingga lebih 20 juta rupiah (RM6,000).
“Saya terkejut apabila seorang demi seorang datang kepada saya dan mula ‘direct message’ di akaun Instagram (IG) untuk menuntut telekung yang telah dibeli daripada saya.
“Apa yang peliknya, mereka semua berasal dari Indonesia.
“Sehingga ada yang sanggup merayu meminta saya pulangkan duit mereka kerana sudah rugi sehingga 20 juta rupiah.
“Setelah disiasat, mereka membuat pembelian di akaun facebook (fb) palsu yang menggunakan nama Lizzue Izzue Lislam.
“Saya nak jelaskan disini saya tidak pernah berniaga atau menjual telekung seperti yang didakwa,” katanya kepada Astro Gempak.
Izzue menerusi IG story mendedahkan mesej yang dihantar oleh pihak yang menuntut telekung dan ada juga mahu wang mereka dikembalikan.
Bagaimanapun, Izzue tidak akan berdiam diri dan bakal membuat laporan polis demi membersih namanya.
“Saya dituduh menipu dan mereka sudah mula tidak mempercayai saya, malah mahu membuat laporan polis di Indonesia mengenai kes ini.
“Saya sudah meminta detail pembayaran mereka, malah saya sudah dapat nama dan nombor kad pengenalan individu yang menipu menggunakan nama saya.
“Saya akan membuat laporan polis supaya ramai lagi tidak tertipu,” katanya lagi.
Izzue kini menjual produk kosmetik iaitu bernama Lookalike.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Thu Jun 21 2018
Sheriff: Raih RM22.1 Juta Dalam 7 Hari Tayangan Rasmi, Netizen Ucap Tahniah! - “Filem Paling Best 2024!”
Sheriff power! Alhamdulillah.
Aliff Aziz Kantoi Tiada Lesen Memandu, Ruhainies Arah Jangan Pulangkan Kereta Bella
Pendedahan kekasih gelap pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Sarah Yasmine baru-baru ini berjaya mendapat perhatian ramai.
Cikgu bahasa Korea pening ajar Bapak Bapak | Projek Bapak Bapak S3
Macam-macam hal Bapak Bapak ni. Cikgu bahasa Korea pun pening.
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #astrobaharu
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #astrobaharu
Aliff Aziz Tak Mengaku Masih Sayang Bella, Tuduh Wartawan Putar Belit Cerita?
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz menafikan bahawa dia pernah mengeluarkan kenyataan masih sayang terhadap Bella Astillah ketika enggan menceraikan isterinya itu pada sebutan penceraian mereka pada 4 April lalu.
Ruhainies Private Akaun IG, Netizen Komen - “Sebab Dah Kantoi”
Pelakon, Ruhainies kini menetapkan akaun Instagramnya dalam mod provasi. Mod itu ditetapkan dipercayai selepas pendedahan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz yang dilakukan oleh Sarah Yasmine pada Rabu. Menerusi tinjauan di media sosial, akaun Instagram Ruhainies yang memiliki 1.7 juta pengikut itu ti
Caprice Didakwa Terlibat Dalam Rancangan Buat Fake Account Sebar Aib Bella Astillah - “Ya Allah, Nak Tutup Macam Mana Lagi Cap?”
Pelakon Bella Astillah memberi respons terhadap Instagram Story yang diulang siar semula susulan perkongsian tangkap layar yang dikongsi oleh Sarah Yasmine semalam.
“Jangan Risau Dia Sayang Awak, Sebab Tu Lah Dia Tinggalkan Kami Anak Beranak - Bella Astillah
Pelakon Bella Astillah tampil memberikan respons mengenai perbualan tular antara suaminya Aliff Aziz dah NRF yang dipercayai adalah Ruhainies.
Berang Dituduh Hasut Jenama Lain, Bella Astillah ‘Sound’ Ruhainies - “Macam Mana Boleh Terfikir Idea Fitnah Sampai Tahap Ini!”
Bella kongsi semula IGs Sarah Yasmine.
Nama Dipetik Dalam Perbualan Whatsapp Viral, Jenama Suplemen Beri Respons
Jenama suplemen terkemuka, Kitsui memberi respons susulan nama dipetik menerusi perbualan Whatsapp yang didakwa berlaku antara bekas dutanya dengan seorang pelakon lelaki.
Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Hasut Aliff Robohkan Rumah Tangga? - “Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toxic”
Wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine atau lebih hangat dikaitkan sebagai ‘kekasih gelap’ penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendakwa aktres sensasi, Ruhainies sebagai dalang penghasut disebalik konflik rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.