Pelakon Izara Aishah memohon maaf kepada umum selepas gambar dia berpeluk dengan Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang tersebar di media sosial mencetus kontroversi.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, isteri kepada anak tiri penyanyi penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Muhammad Adib Khalid itu menejelaskan aksinya memeluk PM itu dilakukan secara spontan.

Namun Izara akui kesal dengan apa yang berlaku.

"Seperti kebanyakan rakyat, saya kagum setiap kali melihat YAB Tun Dr Mahathir. Beberapa hari lalu juga tiada bezanya.

"Saya kesal ada segelintir individu memberi respon negatif terhadap posting itu. Kepada YAB Tun dan keluarga, saya meminta maaf kerana bersikap terlampau ekspresif," tulisnya.

Izara dan keluarga mertuanya membuat kunjungan peribadi ke rumah PM pada 2 Syawal lalu.

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on


Sumber: IG Izara Aishah