Semua orang suka bercuti. Siapa yang tak suka kan? Lebih menyeronokkan jika percutian itu diberikan secara percuma!

Nak pergi holiday ke Gold Coast, Australia secara percuma? Sertai peraduan Gaya Raya Paling Ori!

Bersempena sambutan Syawal yang masih hangat diraikan, Astro menganjurkan peraduan Gaya Raya Paling Ori!

Peraduan ini diinspirasikan daripada filem pendek Raya Astro 2018 yang berjudul Gaya Raya Paling Ori.



Dibintangi oleh Wak Nik dan Sabri Yunus, peraduan Gaya Raya Paling Ori menawarkan hadiah yang sangat lumayan!

Hadiah utama merupakan trip untuk empat orang ke Gold Coast, Australia!

Untuk pemenang kedua, anda bakal membawa pulang Smart TV jenama Samsung 49'' UA49J5220 Full HD dan ditempat ketiga, anda bakal memenangi sound bar jenama Sony.

Astro juga menawarkan hadiah saguhati berupa 5 baucar membeli-belah bernilai RM200.

Peraduan berlangsung bermula jam 6 petang pada 14 Jun dan akan tamat pada jam 10 malam pada 30 Jun.

Lapan pemenang bertuah akan dijemput sebagai tetamu VIP ke Majlis Rumah Terbuka Astro Warna pada 9 Julai dan senarai pemenang hadiah utama sehingga saguhati akan diumumkan di majlis terbabit.

Ikuti langkah mudah ini untuk sertai peraduan Gaya Raya Paling Ori:
-Pastikan akaun Instagram anda 'Public'.
-Muat naik gambar/video paling meriah 'Gaya Raya Paling Ori' anda.
-Ikuti Instagram @astrocircle
-Pastikan anda hashtag #meriahbersama, #gayaori & #astrocircle.
-Tarikh penyertaan 14 Jun 2018 (6 petang) sehingga 30 Jun 2018 (10 malam).