Penyanyi yang kian terkenal dengan lagu Semakin, Siti Sarah berkongsi memori bersama suaminya, Shuib Sepahtu sebelum mereka bernikah.

Sarah menceritakan memori tersebut menerusi sa;ah sebuah entri di laman Instagram miliknya.

"Saya teringat sebelum kami menikah.. @shuibsepahtu pernah tanya.. Sanggup ke you nak bersusah-susah hidup dengan I?

"Jawapan saya... TIDAK! Sekiranya you sayang dengan I, you takkan sanggup tengok isteri dan anak-anak you susah.. You akan lakukan sedaya upaya untuk bagi keluarga you senang terutama ibu you, isteri dan anak-anak... (jawapan gertak je tu)

"Tapi pada hakikatnya, I'm the one yang berada dengan dia disaat dia susah.. Kalau you jatuh I akan cuba angkat you ke atas.

"Disaat dia tak yakin melakukan sesuatu.. Saya akan buat dia percaya benda yang tak mungkin dia capai akan tercapai bila kita percaya pada diri sendiri disamping sokongan insan yang tersayang..." tulis Sarah.

saya teringat sebelum kami menikah .. @shuibsepahtu pernah tanya.. sanggup ke u nak bersusah2 hidup dengan i ? jawapan saya.. TIDAK ! sekiranya u sayang dengan i , u takkan sanggup tengok isteri dan anak2 you susah.. u akan lakukan sedaya upaya untuk bagi keluarga u senang terutama ibu u , isteri dan anak2.. ( jawapan gertak je tu) tapi pada hakikatnya im the one yg berada dengan die disaat die susah.. kalau u jatuh i akan cuba angkat u ke atas, disaat die tak yakin melakukan sesuatu .. saya akn buat die percaya bende yg tak mungkin die capai akan tercapai bila kita Percaya pd diri sendiri disamping sokongan insan yg tersayang... @shuibsepahtu gambar ni dari cerita halalkan hati yg ku curi... @tv3malaysia . . . #halalkanhatiyangkucuri #semakin

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on


Di ruangan komen, peminat Sarah memuji tindakan yang dilakukan oleh pelantun lagu Jangan Kau Mimpi itu yang sangat setia menyokong Shuib.

Peminat juga mendoakan agar perkahwinan Sarah dan Shuib kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Sarah