Pelakon Raja Ilya meluahkan rasa geram apabila ditipu oleh individu yang dikenalinya sejak beberapa bulan lalu.

Menerusi Instastory miliknya, pelakon filem Appalam itu mendedahkan dia telah ditipu oleh individu berkenaan selepas melaksanakan kerja yang telah diamanahkan.

"Perhatian! Orang yang berkenaan! Bila bab nak kerja nak suruh buat apa-apa kau paksa aku.

"Kalau aku tak buat kau ungkit macam-macam! Sekarang apa kau nak semua aku dah buat.

"Kerja kau semua aku dah settle. Payment mana?

"Bila tanya kau cakap client tak bayar, bila dah bagi masa sampai dekat setengah tahun kau tak bayar," tulisnya.



Keadaan menjadi lebih rumit apabila pelakon itu diberikan cek tendang selain nombornya disekat.

"Kau boleh suka hati raya sana sini, habit yang aku nak raya ni?

"Tak fikir orang lain ada duit ke apa? Bila minta duit kau cakap dah bank in tapi sampai sekarang apa pun tak dapat.

"Cek tendang pun kau diam. Lepas tu block aku?" tambah Raja Ilya.

Kesal dengan tindakan individu berkenaan, Raja Ilya turut memuat naik sekeping foto dipercayai wajah individu berkenaan.



Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @rajailya