"Kalau Haqiem Berhenti, Saya Pun Akan Berhenti Menyanyi" - As'ad Motawh

20 Jun 2018. 1.53 AM
2,025
Hiburan

Penyanyi muda As'ad Motawh ingin mengikut jejak langkah Haqiem Rusli sekiranya penyanyi itu bersara daripada dunia seni.

Memetik kenyataan As'ad di ruangan Twitternya, penyanyi lagu Senyum itu meluahkan hasratnya susulan kenyataan yang dikeluarkan Haqiem baru-baru ini.

"Kalau Haqiem Rusli berhenti menyanyi saya juga akan ikut sama berhenti menyanyi juga," tulisnya.
 
 
Tambah As'ad, dia mahukan pengikutnya menghargai dirinya kerana hasil kerja seni bukannya kerana rupanya.

"Saya mahukan peminat-peminat saya menghargai saya kerana seni bukan kerana rupa," tambah As'ad.
 

Bagaimanapun, kenyataan As'ad itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk ada yang menyokong keputusannya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Tergantung Sepi, Haqiem Rusli tampil dengan pendedahan mengejutkan bahawa dia mengalami depresi sejak awal tahun.

Baca: "Saya Depresi" - Delete Semua Gambar IG, Haqiem Rusli Bakal Berhenti Menyanyi?

Haqiem memberitahu keputusannya untuk berhenti daripada dunia nyanyian akan dimaklumkan pada awal Julai nanti.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @asadmotawh

 

Artikel Berkaitan