Aksi Ogy Meraung Di Kubur Dapat Pujian Ramai Penonton

Hiburan
Aksi Ogy Meraung Di Kubur Dapat Pujian Ramai Penonton
Pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy membuktikan bakat lakonannya masih hebat apabila berjaya mengusik emosi penonton menerusi drama bersiri popular, Rahsia Hati Perempuan.
 
Ujarnya, watak Suraya yang dijayakannya melakonkan adegan meraung di pusara ibunya seharusnya dijadikn ikhtibar pada semua penonton.
 
Salah seorang penonton dikenali sebagai cikguroosezah memberi komen lakonan hebat Ogy membuatkan emosi penonton bercampur-baur.
 
"Pada masa kita amat marah akan sikap Suraya tetapi adegan ini membawa kita bersama-sama larut dalam kesedihan dan keinsafan Suraya. My all time fav actress...syabas kak Ogy," katanya.
 

Begitu juga, seorang lagi penonton iaitu asphirra menyifatkan Ogy kali ini memberi kesan mendalam pada penonton drama bersiri itu.
 
"Terkesan sungguh ngn auntie suraya.. Heavy betul watak ni ye @kak_ogy... U did it very well kakak.. Dr jahat, baik bebuat smpi kekesalan dia.. Ya ampunnn... Kadang kesian jugak kat auntie suraya ni," katanya.
 
Penonton, zerolz86 pula mengatakan Ogy berjaya membawakan watak Suraya dengan berkesan sehingga dibenci penonton.
 
"Sungguh aku benci meluat menyampah dgn #suraya tapi bila dia meratap tangis di pusata bondanya memohon kemaafan yg xkan terjawab, membuatkan aku mengalirkan air mata... sampaiiii kak rasa tu... why @kak_ogy whyyyy you’re soooo good?? you make me hate #suraya and sympathy kat dia at the same time..!! how did you do that?? you’re such a brilliant and real #primadona !!bravaaaa..!!," katanya.
 
Teks oleh: Elrafaei Sapi
 
 

Artikel Berkaitan