Gaya baru bangun tidur, orang gila dan pelbagai lagi tohmahan netizen terhadap Scha Alyahya diterima menerusi foto yang dimuat naik Awal Ashaari pada 1 Syawal baru-baru ini.

Bagaimanapun, dengan pelbagai kutukan yang dilemparkan, Awal dengan tenang membalas komen-komen negatif itu dengan penjelasan panjang lebar.

Penat si Yara composed..

A post shared by Awal Ashaari ™ (@awalashaari) on



Tulis Awal, tiada apa yang salah tentang gaya rambut isterinya itu malah pengacara itu menyifatkan stail itu 'sassy'.

"Guys, chill. Baru bermaaf-maafan korang dah tambah dosa balik cakap macam-macam.

"It's up to her lah her hair. She's tired of having long hair, dia nak rambut pendek and sassy look, korang cakap macam-macam.

"If it's not something yang you fancy, just keep quite. Yang penting tuan punya kepala suka. I think it's kinda cool.

"Penat stylist datang rumah buat rambut, you all cakap macam orang gilalah, baru lepas mainlah. Gosh, attitude guys.

"If you dont have anything nice to say, just don't say anything at all.

"I don't think she need that two cents pun. Ok?" tulis Awal.



Scha tampil dengan personaliti lebih fresh dan berani menerusi potongan rambut pendek sejak 21 Mei lalu.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @awalashaari