Selebriti bukan muslim yang sentiasa menjadi inspirasi, Dr. Soo Wincci berkongsi rutinnya berpuasa enam di bumi Sepanyol.

Wincci menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik juadah berbuka pada hari pertama dan kedua dia berpuasa enam.

"Done day 2 puasa enam. Selamat berbuka," tulis Wincci.

Done my day 1 Puasa 6 Baru habis hari pertama Puasa 6 #Puasa6 #Ramadan2018 #fasting

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on


Perkongsian itu mendapat pujian daripada peminat malah menjadikan Wincci sebagai inspirasi.

Tidak lupa juga ada antara peminatnya yang mendoakan pelakon dan penyanyi itu untuk segera memeluk agama Islam.

"Hope Wincci diberikan hidayah agar memeluk Islam," doa @mr.f_92.

"Hebat! Semoga Allah beri hidayah untuk mendalami Islam," tulis @mfimfas.

Wincci antara selebriti bukan muslim yang tidak terlepas berpuasa saban tahun sejak enam tahun lalu.

Kini, Wincci berada di Sepanyol untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang muzik dengan pengkhususan produksi, teknologi dan inovasi di kampus cawangan Berklee College of Music di Valencia sejak sembilan bulan lalu.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @dr.soowincci