Usahawan yang juga selebriti terkenal, Datuk Aliff Syukri antara jutaan pengguna lebuh raya yang sangkut dalam kesesakan lalu lintas ketika pulang beraya sempena Aidilfitri.

Jelasnya, dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama 10 jam untuk perjalanan pulang dari Kedah ke Kuala Lumpur sehingga berhasrat mengambil keputusan bermalam di Ipoh.

Dalam statusnya itu yang dimuat naik di Instagramnya hari ini, beliau turut memuat naik gambar tangannya memakai seutas jam tangan mewah sambl menunjukkan keadaaan lalu lintas yang sesak teruk.

Bagaimanapun, statusnya itu bukan saja menarik perhatian ramai netizen di media sosial tetapi komen yang dilontarkan netizen juga membuatkan ramai pengguna media sosial lain terhibur.

10jam kedah tu kl?? kalau mcm ni gamakye i tido hotel kat ipoh lahhh??

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Ada netizen yang bersimpati dengan nasibnya tidak kurang juga memberikan cadangan agar ahli perniagaan terkenal itu menaiki kapal terbang atau helikopter atau membeli jet peribadi sendiri.

"Kenapa tak naik helikopter, Dato'? Kan lebih cepat, pantas dan mudah, tak payah nak berpenat," kata garudaseriesgerik.

Seorang netizen dikenali raaiyan_ pula berseloroh mengenai jam tangan yang dipakai Aliff dalam gambar tersebut.

"Wow jam mahal. Mesti harga billion2 ni. Kami xmampu," katanya.

Aliff membalas komen tersebut: "@raaiyan_ x adavlah bilion rm180 ribu jee".

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @aliffsyukriterlajaklaris