Penyanyi muda berbakat besar Haqiem Rusli mengumumkan bakal 'berehat' daripada media sosial dan berkemungkinan akan mengadakan persembahan terakhirnya pada 24 Jun depan.

Kata Haqiem, dia juga akan memberikan keputusannya sama ada untuk bersara daripada bidang nyanyian atau tidak pada awal Julai depan.

"Pengumuman penting kepada semua! Sudah lama saya tunggu saat ini, dalam keadaan sekarang serta waktu yang tepat.

"Saya ingin memberitahu tentang posisi saya dalam industri muzik, berhenti atau tidak, pada awal bulan Julai saya akan memberi jawapan sepenuhnya.

"Banyak perkara yg berlaku apabila saya di dalam industri muzik, mereka yg bercakap senang, tapi saya yang rasa sakit dan perit.

"Buat masa sekarang saya mahu berehat dari media sosial dan pada 24 Jun saya akan hadirkan diri show di Ipoh, mungkin ia akan menjadi show terakhir saya sebagai seorang penyanyi, mungkin," tulisnya menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.

Pengumuman penting kepada semua,dah lama saya tunggu saat ini,dalam keadaan sekarang serta waktu yang tepat.Saya ingin memberi tahu tentang posisi saya dalam industri muzik,BERHENTI atau TIDAK,pada AWAL BULAN JULY saya akan memberi jawapan sepenuhnya.Banyak perkara yg berlaku apabila saya di dalam industri muzik,mereka yg bercakap senang,tapi saya yang rasa sakit dan perit.Buat masa sekarang saya mahu berehat dari SOCIAL MEDIA,dan pada 24 jun saya akan hadirkan diri show di IPOH,mungkin ia akan menjadi show terakhir saya sebagai seorang penyanyi,mungkin.Tapi apa2 boleh berlaku,Kepada qiemilio jangan marah saya,sila faham keadaan saya dan anda pun tahu saya memiliki depression ni dari awal tahun dahulu dan ia terus berlaku sampai ke hari ini,bukan depress je,macam2 lagi.Keluarga serta FMC sudah memberi saya rehat dan berfikir hingga habis bulan June. tunggu saya Haqiem Rusli pada awal bulan JULY. Keputusan akan diberitahu.

A post shared by - (@haqiemrusli98_) on


Susulan dengan pengumuman itu, Haqiem telah membuang semua gambar di akaun Instagramnya yang kini memiliki lebih sejuta pengikut.

Dedah Haqiem lagi, dia mengalami depresi sejak awal tahun dan pelbagai masalah sampingan lain hingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berehat seketika.

"Tapi apa-apa boleh berlaku. Kepada qiemilio jangan marah saya, sila faham keadaan saya dan anda pun tahu saya memiliki depression ni dari awal tahun dahulu dan ia terus berlaku sampai ke hari ini, bukan depress je, macam-macam lagi.

"Keluarga serta FMC sudah memberi saya rehat dan berfikir hingga habis bulan Jun.

"Tunggu saya Haqiem Rusli pada awal bulan Julai. Keputusan akan diberitahu," tambahnya.

Pendedahan Haqiem itu meraih doa peminat yang mahukan yang terbaik buatnya. Namun ada juga antara peminat yang mengagak pengumuman itu sekadar gimik single terbaharunya.

Malah, penyanyi rap dan pakar motivasi Caprice turut menawarkan dirinya sekiranya Haqiem memerlukan bantuan.

"Holla Holla if u need anything bro. Keep your head up," tulis Caprice di ruangan komen Instagram Haqiem.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @haqiemrusli98_