Pelakon muda, Datin Elvina Mohamad mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung pada tahun hadapan.

Biarpun tidak memberitahu usia sebenar kandungannya, pelakon itu memberikan bayangan bakal bersalin sebelum tibanya Syawal 2019.

"Yes betul, tahun depan kami akan bertiga. Alhamdulillah, thank you kepada yang mendoakan kami," tulisnya menerusi akaun Instagramnya.

Yes betul, tahun depan kami akan bertiga ?? Alhamdulillah.. thank you pada yang mendoakan kami ❤️ #eidmubarak #myhappiness #blessed . Our baju raya by @ikhwanmohamad_official , thank you wan buatkan baju raya untuk kami , love ?

A post shared by A Little Lady ? (@elvinamohamad) on


Pengumuman itu dibuat terlebih dahulu menerusi akaun Instagram suaminya, Datuk Haniff Borhan yang kini sudah dipadamkan.

Rata-rata peminat menyampaikan ucapan tahniah buat pasangan itu dan teruja menantikan kelahiran cahaya mata sulung pasangan itu.

Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 23, popular menerusi drama bersiri Cinta Si Wedding Planner dan Shhh... I Love You telah mendirikan rumah tangga dengan usahawan itu pada 18 Mac lalu.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @elvinamohamad