Sukar untuk mencari sarapan di pagi hari kerana kesuntukan masa? Atau mahu menjamah sesuatu yang senang untuk dimakan dalam perjalanan yang ingin dituju? Kombo sarapan lazat Mornings@Mesra adalah jawapannya!

Kedai Mesra PETRONAS kini menawarkan pelbagai seleksi sarapan menarik dan lazat menerusi kombo Mornings@Mesra yang pastinya menjadi pembuka selera orang ramai di pagi hari.

Untuk pertama kalinya, Kedai Mesra PETRONAS memperkenalkan Mesra Bites, rangkaian roti lazat dengan pelbagai perisa seperti Cheese Stick, Sambal Ikan Bilis, Sambal Udang dan Sandwich Kaya. Menariknya, menu tersebut dijual eksklusif di Kedai Mesra PETRONAS!

Dengan adanya Mesra Bites, kombo sarapan lazat Mornings@Mesra kini menampilkan tiga menu iaitu Big Bites, Light Bites dan Happy Bites yang memenuhi citarasa semua golongan, dewasa, kanak-kanak, lelaki, perempuan sama ada mereka yang menggemari sarapan berat atau pun hanya untuk sekadar mengalas perut.

Big Bites memperkenalkan menu sarapan yang agak berat seperti Nasi Lemak dan Karipap. Menariknya, seleksi minuman Big Bites boleh dipilih oleh pengunjung yang menggemari secawan kopi panas, satu tin Milo aneka perisa atau satu tin Nescafe aneka perisa dengan harga RM5 sahaja!

Menerusi Light Bites dan Happy Bites, pelanggan boleh memilih untuk menikmati menu yang lebih ringan dan sihat seperti Cheese Stick, Sambal Ikan Bilis, Sambal Udang dan Sandwich Kaya. Dengan harga serendah RM3, pengunjung boleh memilih untuk menikmati makanan tersebut bersama secawan kopi panas, satu tin Nescafe Original atau sekotak susu Goodday Charge.

Jika anda gemar makan sarapan yang berat dan mengenyangkan, pastinya Big Bites menjadi pilihan anda. Kepada mereka yang suka dengan sarapan yang ringan, anda boleh memilih Light Bites atau Happy Bites. Menu ini juga sesuai untuk kanak-kanak yang gemarkan susu kotak Goodday Charge!

Untuk informasi lanjut, layari laman web www.mymesra.com.my atau gunakan kata kunci @petronasbrands untuk layari laman Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram.

Kepada mereka yang sedang menikmati hidangan lazat sarapan Mornings@Mesra, jangan lupa untuk muat naik foto anda dan gunakan hashtags #MesraBites #MorningsAtMesra #BreakfastOnTheGo di laman sosial!