Penyanyi Nabila Razali bakal mengalami pengalaman raya berbeza pada tahun ini.

Gadis yang terkenal dengan lagu Pematah Hati ini akan memenuhi persembahan nyanyian pada 1 Syawal di salah sebuah kompleks membeli belah di Sepang.

"Saya rasa seronok untuk menjayakan persembahan tersebut. Ini merupakan pengalaman pertama saya bekerja ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Khas utk #TeamRayaKL SAHAJA! ? Jom beraya dengan Bella di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang 15 June ni jam 3 ptg. Datang pakai baju raya cantik2 tau nnt boleh selfie! Siapa yg tak sempat shopping baju raya lagi don’t worry korang still boleh shopping kat sana nnt okay! See you guys there! ♥️ #mopkliasepang #rayasale #outletshopping @mitsuioutletparkkliasepang

A post shared by Nur Nabila Mohd Razali (@nabila.razali) on


"Saya rasa teruja kerana ingin merasakan pengalaman terbabit. Lagipun, saya mahu merasakan bagaimana agaknya bertugas ketika orang lain menyambut lebaran," kata Nabila.

Sibuk dengan jadual seharian sebagai penyanyi, Nabila gembira dengan perubahan kerjayanya.

"Jika dahulu terdetik dalam hati saya, kenapa saya tiada tawaran nyanyian sehinggakan tiada penganjur mahu memanggil saya?

"Selepas muncul dengan Pematah Hati, ternyata lagu terbabit membawa tuah kepada saya. Kini, jadual saya sibuk dan terisi dengan undangan persembahan sana-sini, Alhamdulillah," katanta ketika ditemui di majlis iftar anjuran kelab peminat Nabila, Nabaela FC baru-baru ini.

NYAWA ♥️ @nabaelafc Siapa yg tak dpt nak join iftar this year please make yourself available next time okay! ? . . . Cake from @kedaikekbangi Thank you ? . . . MAJLIS IFTAR BERSAMA NABILA RAZALI | 8 JUN 2018 | @theavenuespace , Tamarind Square Cyberjaya . . . CATERING,PA SYSTEM,BACKDROP : @mjas_eventmanagement . . SPONSORS Venue : @theavenuespace Popcorn : @hafizan_hussin Meringue Kisses : @hafizan_hussin Cookies : @mastaprinting @_adyburn Mineral water: @ksue_m Yaasin : @hafinah.aqilah Kuih muih : @_dieyyibrahim Button Batch : #terjahNR Hand bouquet : @aleeyafloristandgifts Tudung Bawal : @sufikamil Sandwichesss : @chicaslicious Cake & Dessert : @kedaikekbangi Photographer & videographer : @ariffinsulaimannn @smoovefilms & @pakatan.piksel

A post shared by Nur Nabila Mohd Razali (@nabila.razali) on


Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Nabila