Elrafaei Sapi
Fri Jun 15 2018
Pelakon popular, Bront Palarae menempelak sikap segelintir masyarakat Malaysia yang tidak boleh menerima bahasa Kebangsaan dianggap suatu sikap yang memalukan sebagai rakyat di negara ini.
Ujarnya, sikap sedemikian bukan kerana mereka tidak peduli terhadap bahasa Kebangsaan tetapi menunjukkan keangkuhan.
Bront membalas komen beberapa individu di Twitter yang berbahas mengenai isu tersebut.
Apa yang membuatkan perbualan menjadi 'panas' apabila pengguna media sosial mengaitkan isu bahasa dengan politik.
"Saya lebih keliru sekarang. Kita berbicara mengenai kepentingan Bahasa Malaysia dan anda bercakap mengenai bagaimana BN merosakkan aspek kepelbagaian bangsa dalam masyarakat," katanya dalam satu status balasnya itu.
Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 ini turut menegaskan meskipun dia berpandangan BM adalah penting untuk pembangunan masyarakat di negara ini, ia tidak bermakna bahasa lain tidak menjadi penting.
Menariknya, Bront juga memberitahu pada pengguna Twitter, dia membesar dengan bahasa Thai ketika di rumah tetapi dididik untuk fasih BM sebab identiti sebagai rakyat negara ini.
"Thai (ibu) & Hokkien (bapa) adalah warisan & English utk melihat dunia tp BM sbg identiti kita rakyat negara ini," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Westlife Kembali Ke Malaysia, Bikin Konsert Di Arena Of Stars Genting Highlands Jun Nanti!
Kumpulan pop terkenal dunia, Westlife akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert satu malam di di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 9 Jun nanti.
Bil TNB Wanita Ini Lebih Mahal Daripada Ansuran Rumah Gara-Gara Pasang Aircond 24 Jam!
Wanita ini terpaksa menanggung bil elektrik sehingga RM2,000 selepas menggunakan pendingin hawa hampir 24 jam sehari.
Dituduh Bongkak Sebab Pertikai Bayaran RM500 Sehari, Ini Respons Azlee Senario
Azlee Senario enggan mengambil pusing mengenai kata-kata kurang manis yang dilemparkan kepada dirinya.
Dina Nadzir Terkenang Memori Raya Terakhir Bersama Arwah Bapa - “Masa Tu Lama Betul Abah Peluk Saya…”
Dina rindu arwah bapa.
Dune: Part Two - Sewa & Menang di Astro First!
AJIB RASA TERCABAR DENGAN JOHAN | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 3
Siapa pulak Johan ni? Dah lah tiba-tiba muncul, lepas tu suka hati je panggil Naziah tu sayang. Agak-agak ke tak plan Ajib nak pikat hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem The Fall Guy
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
“Saya Tak Boleh Bangun Sejak…” - Lana Nodin Alami Jangkitan Kuman Pada Bahagian Usus Sehingga Bengkak
Semoga cepat sembuh
Angeline Tan Tiada Perancangan Ada Anak Sendiri, Cukup Timang Cucu - "Kami Pun Umur Dah Berapa... Nak Hidup Tenang"
Pelakon, Angeline Tan menafikan khabar angin yang mengatakan dia sudah hamil setelah enam bulan bergelar isteri kepada pengarah, Sabri Yunus.
Raffi Ahmad Mengaku Pernah Minum Air Kaki Basuhan Ibu: “Saya Dapat Semula…”
Hos, pengacara, pelakon dan penyanyi Raffi Ahmad dikenali sebagai salah seorang pelaku seni Indonesia paling sukses pada masa kini.