Penyanyi Asfan Shah mengakui sedia menerima kritikan apabila tampil buat pertama kali sebagai pelakon dalam telemovie Formula Cinta.

Menurut Asfan, ini merupakan percubaan pertamanya sebagai pelakon setelah lebih lima tahun terlibat dalam industri seni.

"Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk berlakon dalam telemovie yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

"Ini merupakan percubaan pertama saya bergelar seorang pelakon dan saya sedia menerima kritikan daripada netizen.

"Saya faham dengan peredaran zaman sekarang dimana jika seseorang itu melakukan kesilapan mudah sahaja orang menghukum atau mengkritik.

"Apa yang saya boleh katakan, saya lakukan semua ini adalah untuk mencari rezeki pada keluarga dan mencari pengalaman baru," katanya kepada Astro Gempak.

Asfan berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Rusa Music & MVM Production di Hotel Royal, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram