Pelakon Izara Aishah akui dia terasa sedikit sedih apabila tidak dapat bersama keluarga di pagi raya buat pertama kali tahun ini.

Izara berkata selepas berkahwin dia perlu utamakan suaminya dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga Adib Khalid terlebih dahulu.

“Pertama kali menyambut aidilfitri bersama keluarga baharu saya ada sedikit ‘touching’.

“Yelah sebab selalunya pagi raya kite mesti bersama ibu bapa dan adik beradik kita tetapi tahun ini berbeza.

“Bagaimanapun, saya teruja untuk menyambutnya bersama Adib sebagai isterinya.

“Pun begitu, saya dan Adib akan pulang ke rumah mak saya pada petang raya,” katanya kepada Astro Gempak.

Sementara Adib memberitahu dia teruja untuk menunjukkan Izara bagaimana cara keluarganya menyambut Aidilfitri.

“Sebelum kami berkahwin, saya selalu berharap Izara ada bersama saya di pagi raya, jadi saya sangat teruja bila dia ada bersama saya Aidilfitri ini.

“Raya saya kali ini lebih istimewa dengan kehadiran isteri.

“Sambutan Hari Raya keluarga kami rasanya sama sahaja seperti orang lain.

"Cuma apa yang mungkin beza dengan keluarga Izara, kami makan Roti Keca di hari raya iaitu makanan berasal dari Kedah,” katanya lagi.

Pasangan ini berkahwin pada 17 November tahun lalu.

Teks oleh: Syafiqah Jalal