Hari Raya kali ini bakal menjadi pengalaman yang berbeza buat dua pelakon Elizad dan Datin Nina Juren apabila menyambut Aidilfitri bersama keluarga Bocey.

Bocey juga teruja apabila membawa dua pelakon ini berjumpa ibu bapa mereka yang sudah lama menantikan kepulangan anaknya.

Namun, mengapa Elizad dan Nina mahu berjumpa dengan orang tua Bocey? Semuanya bakal terungkai dalam program Bocey & Friends Live Raya.


Bocey & Friends Live Raya menampilkan pelakon utamanya ahli kumpulan Bocey sendiri iaitu Fad, Acey dan Abam sebagai adik beradik yang sudah lama tidak pulang ke kampung berhari raya.

Mereka berhadapan dengan pelbagai konflik untuk membawa isteri mereka menyambut Raya bersama ibu bapa di kampung.

Penampilan istimewa artis lain dalam program ini adalah Nasir Bilal Khan, Sharifah Shahira, Salih Yaacob, Ajak Shiro dan Kamal Adli.

Berhibur dan bergelak ketawa di Aidilfitri ini dengan menonton Bocey & Friends Live Raya yang disiarkan pada Aidilfitri pertama iaitu 15 Jun ini, jam 12 tengah hari di Astro Warna dan Warna HD.

Sempena perayaan Hari Raya ini, nikmati RM1 Deals CIMB apabila anda mengunakan Kad Debit CIMB Mastercard untuk membeli belah, penginapan di hotel, menjamu selera bersama keluarga dan kawan-kawan serta pelbagai tawaran lain yang menarik. Layari www.cimbbank.com.my/RM1 untuk keterangan lanjut.

Teks oleh: Syafiqah Jalal