Bekas madu kepada aktres Izreen Azminda, Intan Liana Saleh seakan meluahkan perasaannya di laman Instagram.

Tanpa menyebut sebarang nama, Intan berkongsi rasa yang dipendam selama ini menerusi ruangan Instagram Stories.






Bagaimanapun, Intan telah memadamkan perkongsian tersebut selepas 12 jam.

Tahun ini menjadi tahun pertama Intan menyambut Hari Raya sebagai ibu tunggal selepas berpisah dengan pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude.

Krisis rumah tangga Intan dan Ude terlerai selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Gombak Timur, Taman Seri Keramat, Selangor pada 22 Mac lalu.

Ude mendirikan rumah tangga dengan Intan pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Areq Muqri yang berusia setahun.

Pada November tahun lalu, Intan dilaporkan rela bermadu dan akan mempertahankan rumah tangganya setelah mengetahui Ude bernikah dengan Izreen.

Izreen kemudiannya membuat pengakuan terbuka, dia sah menjadi isteri kedua Ude sejak 8 Ogos 2017 dalam satu perkahwinan tertutup di Damansara.

Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera dan pengarah, Muhammad Riza Baharuddin pada 2012 dan bercerai selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Intan