Tuah buat pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin kerana mereka bakal meraikan Aidilfitri tahun ini dengan 30 pasang baru raya.

Kata Amyra, kesemua 30 pasang busana raya itu disediakan oleh Prima Valet buat mereka sekeluarga selaku duta jenama tersebut.

Malah, anak sulung mereka, Aqeef Anaqi turut menerima baju raya sedondon dengan Amyra dan Amar.

"Ini tahun pertama kami menyambut Syawal bertiga dan kami sangat teruja!

"Alhamdulillah, persiapan menjelang raya tahun ini dipermudahkan kerana sudah disediakan 30 pasang baju raya tahun ini," kata Amyra.

Lebaran tahun ini kata Amyra akan disambut di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

"Peluang ini harus dimanfaatkan untuk kami sekeluarga menziarahi sanak-saudara dan membawa Aqeef untuk bertemu keluarga jauh dan dekat," tambahnya.

Amyra dan Amar telah mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aqeef Anaqi pada Oktober tahun lalu.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @aamyrarosli