"Jika Rezeki Anak Datang Cepat, Saya & Suami Terima" - Nadia Aqilah

Hiburan

Pelakon Nadia Aqilah mengakui dirinya tidak menolak untuk mempunyai zuriat dalam masa terdekat ini setelah mendirikan rumah tangga pada 20 April lalu.

Menurut Nadia, dia dan suaminya, Saiful Ridzuan berserah perkara itu kepada rezeki dan memohon orang ramai supaya mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

"Alhamdulillah segalanya baik-baik sahaja selepas saya berumah tangga dan kehidupan semakin bahagia.

"Bercerita mengenai anak saya serta suami tidak menolak untuk mempunyai zuriat dalam masa terdekat dan segalanya bergantung pada rezeki.

"Saya tidak pernah merancang untuk mempunyai anak, jika rezeki itu datang cepat saya dan suami terima dengan hati yang terbuka," katanya kepada Astro Gempak.

Nadia berkata demikian ketika ditemui pada sesi latihan teater Bangsawan Dendam Laksamana, di Matic Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menerusi teater arahan Pat Ibrahim itu, Nadia akan membawakan watak Dang Anum. Selain Nadia, naskhah itu turut dibintangi Hairi Safwan, Jay Iswazir, Azizah Mahzan, Anwar Rusdini, Asmidar Ahmad dan Nasz Zally.

Bangsawan Dendam Laksamana akan mula dipentaskan di Johor pada 25 Jun hingga 1 Julai, Melaka (2-8 Julai), Pahang (9-15 Julai), Terengganu (15-21 Julai), Pulau Pinang (22-28 Julai), Kedah (30 Julai-5 Ogos), Perak (5-11 Ogos) dan Kuala Lumpur (29 Oktober – 11 November).

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram

Artikel Berkaitan