Syura Sedih Tahun Pertama Beraya Tanpa Anak-Anak

17 Jun 2018. 9.00 AM
2,189
Hiburan
Syura Sedih Tahun Pertama Beraya Tanpa Anak-Anak
Bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Syura mengakui tahun ini tidak dapat beraya bersama anaknya.

Syura atau nama sebenarnya, Zuraidah Badron, berkata, tahun ini merupakan giliran anak-anaknya untuk beraya bersama bekas suaminya,  Mohd Fadhly Md Yassin.

"Raya tahun ini agak berlainan kerana anak-anak saya akan beraya bersama ayah mereka.

"Raya tahun ini saya beri masa kepada mereka untuk beraya bersama ayah mereka pada hari raya pertama.

"Ini merupakan kali pertama saya beraya tanpa anak-anak setelah hampir lima tahun bercerai.

"Sudah pasti tahun ini saya akan merasa kelainan kerana sebelum ini saya sibuk dengan anak-anak untuk menyiapkan pakaian mereka," katanya kepada Astro Gempak. 

Syura berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2018 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Syura sebelum ini berkahwin dengan sepupunya, Mohd Fadhly Md Yassin, pada Mac 2006 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irnadi, 9, Nurul Qaisara Sofia, 7, dan Muhammad Irfan Aryan, 5.

Pasangan ini pernah bercerai pada 29 September 2014 dan kembali rujuk pada 10 November tahun sama. Syura kemudiannya diceraikan buat kali kedua pada 19 Ogos tahun lalu.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Artikel Berkaitan