Di penghujung Ramadan ini, Miss K terkejut membaca pendedahan pelakon Nabila Huda, 34, yang dikatakan berselisih faham dengan ibu tirinya, Norhasniza Hassan, 37, atau Nourish di laman Instagram.

Selepas berita tersebut hebat diperkatakan, Miss K sempat skodeng Instagram Nourish. Nak juga Miss K tengok apa reaksi Nourish mengenai perkara ini.

[BACA: Nabila Huda Luah Perasaan Di Instagram Stories, Ada Masalah Dengan Ibu Tiri?]

Terus Miss K buka laman Instagram Nourish yang menggunakan nama @qasander. Nourish menutup ruangan komen di beberapa entri awal di laman Instagram miliknya.

Tapi Miss K ni kan gigih, Miss K sibuk scroll satu-satu entri Nourish. Manalah tahu kalau Nourish ada 'diserang' oleh mana-mana netizen ke kan...

Scroll punya scroll, Miss K ternampak sebuah entri yang tidak ditutup ruangan komen. Entri tersebut dimuat naik seminggu lalu.



Miss K pun usha satu demi satu komen dan ternampak satu komen yang menarik perhatian Miss K.





Apa pun, Miss K tak berani nak ulas panjang-panjang kerana hanya mereka sahaja yang tahu situasi sebenar.

Miss K juga tak nak berpihak kepada sesiapa, Miss K cuma nak harapkan yang baik-baik sahaja untuk Nabila dan Nourish.

Miss K: Alamak, Miss K belum cari lagi busana sempena Syawal ni. Hajat di hati nak melaram kebarung merah cili di pagi Raya.. On ke tak on?