Pelakon dan juga anggota Running Man, Lee Kwang Soo dilantik sebagai duta sebuah jenama pakaian di Korea baru-baru ini.

Sebagai duta, Lee Kwang Soo atau lebih mesra dengan panggilan Kwang Soo diberi tanggungjawab untuk menjadi model bagi mengayakan pakaian tersebut untuk sesi fotografi bagi keluaran terbaru jenama pakaian Buckaroo.

Sebagai tuntutan bekerja, Kwang Soo berjaya membawakan imej serius dan lelaki ‘cool’ sewaktu mengayakan pakaian tersebut.

Namun sebaik sahaja foto tersebut didedahkan kepada umum lain pula jadinya apabila peminat aktor berusia 31 tahun ini geli hati melihat wajah serius yang ditunjukkan olehnya.



Peminat juga banyak memberikan komen mengusik yang mengatakan walaupun Kwang Soo kelihatan kacak tetapi wajahnya tetap lucu.

Rata-rata peminat yang memberikan komen merupakan peminat tegar rancangan Running Man.

Bagaimanapun tidak kurang juga ada yang memuji kredibiliti dan komitmen Kwang Soo sebagai salah seorang selebriti yang serba boleh.

Berikut merupakan antara komen-komen yang diberikan oleh peminat Kwang Soo: