Pelakon Fikry Ibrahim menerusi akaun Instagram (IG) miliknya telah meminta izin pelawak Zizan Razak untuk naik pelamin bersama Mira Filzah.

Menerusi foto itu menunjukkan Fikry dan Mira sedang bersanding ketika menjayakan drama Rahsia Hati Perempuan.

“Zizan Razak pinjam sat na,” tulis Fikry.

Entri itu telah dibalas oleh Zizan yang meminta supaya Fikry menjaga Mira dengan baik.

“Hang jangan kasi dia nangis ja. Kalau dia nangis lagi siap hang,” komen Zizan.

Sebelum ini, Zizan dan Mira telah dikaitkan dan didakwa sedang bercinta, namun masing-masing hanya memberutahu mereka sekadar berkawan.

Rahsia Hati Perempuan yang ditayangkan di Slot Megadrama Astro Ria setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Selain Fikry dan Mira ia turut dibintangi oleh Hisyam Hamid, Uqasha Senrose, Eina Azman, Fauziah Ahmad Daud dan ramai lagi.

Foto: IG Fikry Ibrahim
Teks oleh: Syafiqah Jalal