Pelakon Fatin Afeefa membuat laporan polis terhadap seseorang yang menggeledah rumahnya tanpa sebarang waran.

Fatin menerusi akaun Twitter memberitahu rumahnya telah diperiksa oleh pihak polis atas dakwaan kononnya terdapat individu (lelaki) lain dalam rumahnya namun hasil pemeriksaan mendapati tiada siapa di rumahnya seperti yang didakwa.



Difahamkan individu yang menggeledah itu adalah wanita yang menuduh Fatin telah bersama suaminya.

Terdahulu,nama Fatin Afeefa telah hangat diperkatakan apabila seorang wanita mendakwa pelakon itu dikatakan sedang bermain cinta dengan suaminya.

Wanita itu juga sebelum ini telah mendedahkan serta menularkan sekeping gambar Fatin sedang bercium dengan suaminya.